PERATURAN PEPERIKSAAN
DALAMAN
3. Bilik
Peperiksaan/ Bilik Darjah
4. Guru Tingkatan/ Guru Mata Pelajaran/Penyelaras Tingkatan
5. Pelajar Cuti
Sakit/ Mewakili Sekolah
6. Jumlah Hari Kehadiran Pelajar yang dikira di dalam
Slip Keputusan Pelajar
7. Gred Markah
8. Senarai Mata
Pelajaran dan Kod Pendaftaran (Tingkatan Tiga)
9. Senarai Mata
Pelajaran dan Kod Pendaftaran (Tingkatan Empat dan Lima)
1. Penyedia Soalan
1.1 Kertas
soalan hendaklah disiapkan mengikut tarikh yang ditetapkan oleh Setiausaha
Peperiksaan Dalaman.
1.2 Muka
hadapan mestilah mengikut format peperiksaan dan ujian seperti yang telah
ditetapkan. (Boleh dapatkan format tersebut di bilik akses Komputer 1- Folder
format cover pep. dan Folder format Ujian)
1.3 Hantar
kertas soalan untuk disemak oleh Ketua Panitia atau Ketua Bidang
1.4 Kertas
soalan hendaklah dihantar bersama-sama JSU (bagi Peperiksaan Pertengahan Tahun/ Ujian Diagnostik/ Peperiksaan Akhir
Tahun dan Peperiksaaan Percubaan sahaja) kepada Penolong Kanan Petang bagi sesi
petang dan Penolong Kanan Akedemik untuk
disahkan
1.5 Hantar
soalan kepada setiausaha peperiksaan dalaman untuk dicetak.
1.6 2
set kertas soalan bersama skema jawapan dan JSU hendaklah dihantar kepada Ketua
Panitia untuk simpanan
1.7 Soalan
yang telah siap dicetak dan dibungkus atau diikat mestilah berada di bilik
operasi peperiksaan dalaman
sehari sebelum tarikh kertas peperiksaan berkenaan bermula.
1.8 Setiap
set kertas soalan mengikut kelas mestilah disertakan bersama borang kawalan
peperiksaan mengikut kod warna tingkatan masing-masing. Borang ini hendaklah
lengkap diisi dengan semua nama pengawas bagi kertas
tersebut (sila rujuk jadual waktu sekolah)
1.9 Kod
Warna Borang Kawalan Peperiksaan
TP-kuning,T1-biru,T2-merah,T3-kuning,T4
biru,T5-merah
2.1 Guru
yang mengawas peperiksaan hendaklah mengambil kertas soalan dari bilik operasi
peperiksaan dalaman dan pelajar tidak dibenarkan mengambil kertas soalan
tersebut
2.2 Kertas
soalan yang bermula sebelum rehat hendaklah diambil sebelum peperiksaan itu
bermula, manakala kertas soalan yang bermula selepas rehat hendaklah diambil
pada waktu rehat sahaja.
2.3 Semasa
mengawas peperiksaan guru tidak dibenarkan melakukan perkara lain selain
mengawas peperiksaan
2.4 Guru
yang mengawas sehingga tamat waktu menjawab hendaklah menyerahkan skrip jawapan
tersebut kepada pemeriksa, dan sekiranya pemeriksa tiada, skrip jawapan
tersebut hendaklah diserahkan kepada Setiausaha Peperiksaan Dalaman. Pelajar
dilarang sama sekali menolong guru menyerahkan kertas
jawapan ini kepada pemeriksa.
3. Bilik
Peperiksaan /Bilik Darjah
3.1 Pelan
kedudukan pelajar hendaklah ditampal di kelas ( Tindakan
guru kelas)
3.2 Susunan
kedudukan pelajar hendaklah mengikut urutan seperti dalam jadual kedatangan
Kelas (Tindakan Guru Kelas / Guru pertama mengawas
peperiksaan pada hari tersebut)
3.3 Laci
meja hendaklah dihalakan ke hadapan kelas
3.4 Beg
pelajar tidak dibenarkan berada bersama pelajar termasuk di dalam laci.
3.5 Bilik
darjah hendaklah sentiasa bersih dan kemas
4. Guru
Tingkatan/ Guru Mata Melajaran/ Penyelaras Tingkatan
4.1 Guru
kelas hendaklah memastikan senarai nama kelas dikemaskini dalam Sistem Analisis
Peperiksaan (SAP) di Bilik Akses selewat-lewatnya pada hari pertama ujian
intervensi/peperiksaan/ ujian bulanan bagi memudahkan urusan kemasukkan markah
oleh Guru mata pelajaran.
4.2 Guru
mata pelajaran hendaklah memasukkan markah kelas masing-masing ke dalam SAP mengikut
kelas seperti yang telah dilabelkan oleh SU Pep. Dalaman
4.3 Guru
kelas bertanggungjawab memaklumkan kepada SU Pep. Dalaman markah subjek yang belum lagi dimasukkan bagi kelas
masing-masing pada tarikh yang telah ditetapkan.
4.4 Jika Guru Kelas tiada di sekolah pada tarikh
tersebut, Penyelaras Ting. akan mengambil alih tugas Guru
Kelas memaklumkannya kepada SU Pep. Dalaman.
4.5 Guru
Kelas hendaklah menghantar marksheet untuk ditandatangan oleh Pentadbir seperti
berikut:
TP,T1 dan T2 (PK Petang)
T4 (PK AKedemik)
T3 dan T5 (Pengetua)
4.6 2 salinan marksheet dicetak oleh guru Tingkatan, satu simpanan guru satu
salinan marksheet yang lengkap ditandatangan mesti dikumpul oleh Penyelaras
Tingkatan
4.7 Penyelaras
Tingkatan akan menyerahkan semua marksheet tingkatan
kepada Setiausaha Peperiksaan Dalaman untuk disimpan sebagai rujukan sekolah.
4.8 Guru
tingkatan hanya dibenarkan mencetak satu salinan slip
peperiksaan pelajar sahaja untuk difailkan kecuali peperiksaan pertengahan
tahun, slip tersebut boleh dicetak 2 salinan untuk simpanan dan diberikan
kepada ibubapa semasa Hari Terbuka Sekolah.
5. Pelajar
Cuti Sakit/ Mewakili Sekolah
5.1 Pihak
sekolah tidak akan menyediakan Jadual Waktu peperiksaan khas jika pelajar tidak
dapat menghadiri peperiksaan sama ada kerana cuti sakit atau mewakili sekolah.
5.2 Walaubagaimanapun,
pelajar boleh memohon untuk menjawab soalan peperiksaan tersebut. Guru mata
pelajaran akan menyemak kertas soalan tetapi markah
yang diperoleh tidak akan digunakan bagi tujuan perbandingan.
5.3 Bagi
pelajar yang terlibat dengan Latihan Pusat/Projek Sukan/Program Jabatan/
Pertandingan/ kursus dalam kumpulan tertentu, mereka dibenarkan mengambil
peperiksaan di tempat Kejohanan/ Latihan mengikut masa penganjur dengan
pengawasan guru pengiring.
5.4 Dalam
keadaan demikian guru pengiring/ jurulatih bertanggungjawab memaklumkan senarai
pelajar yang terlibat kepada Setiausaha Peperiksaan Dalaman 2 hari sebelum
tarikh peperiksaan supaya kertas soalan dapat dibekalkan bagi tujuan tersebut.
6. Jumlah Hari Kehadiran Pelajar yang dikira di dalam Slip Keputusan Pelajar
6.1 Jumlah
hari kehadiran pelajar hanya dikira untuk Peperiksaan Pertengahan Tahun/ Ujian
Diagnostik/ Peperiksaan Akhir Tahun dan Peperiksaaan Percubaan sahaja. Contoh 98/99.
6.2 Peperiksaan
Pertengahan Tahun (TP,T1,T2 T4) dan
Ujian Diagnostik(T3,T5) dikira sehingga hari akhir persekolahan penggal 1.
6.3 Peperiksaan
Percubaan PMR dan Peperiksaan Percubaan SPM dikira sehingga hari terakhir
peperiksaan percubaan tersebut.
6.4 Peperiksaan
Akhir Tahun TP, T1,T2,T4 dikira sehingga pada hari
terakhir peperiksaan akhir tahun tersebut.
|
Tingkatan Peralihan, 1, 2 dan 3 |
|
Tingkatan 4 dan 5 |
||
|
Gred |
Markah |
|
Gred |
Markah |
|
A |
75 100 |
|
1A |
75 100 |
|
B |
65 74 |
|
2A |
65 74 |
|
C |
55 64 |
|
3B |
60 64 |
|
D |
40 54 |
|
4B |
55 59 |
|
E |
0 39 |
|
5C |
50 54 |
|
|
|
|
6C |
45 - 49 |
|
|
|
|
7D |
40 - 44 |
|
|
|
|
8E |
35 - 39 |
|
|
|
|
9G |
0 - 34 |
|
|
|
|
|
|
8. Senarai Mata
Pelajaran dan Kod Pendaftaran (Tingkatan Tiga)
|
Bil |
Mata Pelajaran |
Kod |
|
MP01 |
BAHASA MELAYU |
01 |
|
MP02 |
BAHASA INGGERIS |
02 |
|
MP03 |
BAHASA CINA |
03 |
|
MP04 |
SEJARAH |
04 |
|
MP05 |
SAINS |
05 |
|
MP06 |
MATEMATIK |
06 |
|
MP07 |
GEOGRAFI |
07 |
|
MP08 |
PENDIDIKAN ISLAM |
08 |
|
MP09 |
KEMAHIRAN HIDUP (1-KT) |
09 |
|
MP10 |
PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN |
10 |
|
MP11 |
PENDIDIKAN SENI VISUAL |
11 |
|
MP12 |
SIVIK |
12 |
|
MP13 |
PENDIDIKAN MORAL |
13 |
9. Senarai
Mata Pelajaran dan Kod Pendaftaran (Tingatan Empat dan
|
Bil |
Mata Pelajaran |
Kod |
|
MP01 |
BAHASA MELAYU |
1103 |
|
MP02 |
BAHASA INGGERIS |
1119 |
|
MP03 |
EST |
6355 |
|
MP04 |
BAHASA CINA |
6351 |
|
MP05 |
SEJARAH |
1249 |
|
MP06 |
KIMIA |
4541 |
|
MP07 |
BIOLOGI |
4551 |
|
MP08 |
FIZIK |
4531 |
|
MP09 |
SAINS TERAS |
1511 |
|
MP10 |
MATEMATIK |
1449 |
|
MP11 |
MATEMATIK TAMBAHAN |
3472 |
|
MP12 |
PERDAGANGAN |
3755 |
|
MP13 |
EKONOMI ASAS |
3757 |
|
MP14 |
PRINSIP AKAUN |
3756 |
|
MP15 |
ICT |
3765 |
|
MP16 |
GEOGRAFI |
2280 |
|
MP17 |
PENDIDIKAN ISLAM |
1223 |
|
MP18 |
PENDIDIKAN MORAL |
1225 |
|
MP19 |
MPV |
7203 |
|
MP20 |
SAINS SUKAN |
4571 |
|
MP21 |
PENDIDIKAN SENI VISUAL |
2611 |
|
MP22 |
PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN |
9991 |
|
MP23 |
SIVIK |
9992 |
|
MP24 |
BAHASA TAMIL |
6354 |